Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ketika saya hendak pulang ke bilik,tumpuan saya tiba-tiba tertumpu pada poster milik MPP yang tertampal.Apabila saya mendekatinya untuk melihat apa yang tertera,saya melihat bahawa pihak MPP ingin menganjurkan program Azam Mahasiswa APEX-Jangan Biarkan Diri Anda Terus Terlena. Menarik juga program ini.
Apabila saya bertanya Shafiq,beliau menerangkan kepada saya isi program tersebut dan kumpulan sasarannya,iaitu mengumpul pelajar-pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang rendah termasuk P* dan P1.Bagi saya,tindakan MPP dalam menganjurkan program ini merupakan satu usaha yang murni bagi membantu para pelajar.
Saya berharap agar MPP yang akan datang akan bersifat prihatin seperti MPP sekarang di bawah pimpinan Shafiq. Tahniah MPP Pro-Aspirasi.
Aspirasi 2 Pro-M 0
Teruskan Revolusi Aspirasi.
Thursday, January 7, 2010
Asyik-Asyik Naik Taraf
Assalamualaikum dan salam sejahtera
USM HOTSPOT masih rata-ratanya tidak dapat diakses oleh pelajar-pelajar USM terutama sekali yang tinggal di Desasiswa RST. Masalah ini yang sudah bermula sejak bertahun-tahun masih tidak dapat diselesaikan walaupun MPP mengambil perhatian terhadap masalah ini.Apakah jawapan PPKT selepas disoal oleh pihak MPP tentang penawaran WIFI di USM ini? Perkhidmatan jalur lebar USM HOTSPOT sedang dinaiktaraf dan dijangka akan selesai dalam masa yang terdekat.
Asyik-asyik naik taraf.Asyik-asyik naik taraf. Masih tak dapat mengakses kemudahan WIFI.
Oleh itu,apabila saya menanyakan soalan ini kepada salah satu YDP Desasiswa RST,beliau menjawab, "letak kabel,macam kampus kejut,senang cerita". Apabila saya tanya adakah beliau membawa cadangan beliau ke PPKT. Beliau menyatakan bahawa ada perbincangan dengan Shafiq namun PPKT tidak menerima cadangan tersebut. Mereka lebih suka untuk 'menaik taraf'
Asyik-asyik naik taraf.Asyik-asyik naik taraf.Masih tidak dapat akses.
Bagi saya,isu ini tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana pihak kerana saya yakin dan percaya bahawa sekiranya MPP Pro-Aspirasi pun gagal untuk menangani masalah ini,lagikan pula Pro-M.
Aspirasi 1 Pro-M 0
Revolusi Aspirasi Berterusan. Kekal Ia Dalam USM.

Tuesday, January 5, 2010
Fikir Dulu Sebelum Cakap
Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
“Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama,” katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Cuba lihat dan amati baik-baik perkara yang telah dikeluarkan di atas,kemudian,kta lihat artikel yang dikeluarkan oleh Hisyamuddin Bin Kamaruddin Biro Perhubungan Dan Penerangan PMIUSM 09/10:
"Apabila YDP PMIUSM mengeluarkan artikel yang mengatakan tiada salah penggunaan kalimah Allah oleh Non-muslim, maka ada yang mula mengambil kesempatan atas kedudukan beliau sebagai YDP PMIUSM".
Saya tergelak apabila terbaca kenyataan ini,namun saya merasakan diri saya tidak layak untuk berbahas mengenai perkara-perkara agama kerana ilmu yang saya ada masih belum cukup untuk membicarakan hal ini.
Namun, nasihat saya buat semua, fikir perkara itu sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan artikel,takut jadi macam apa yang dikatakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din,kufur jadinya. Siapalah kita jika dibandingkan dengan insan yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan tersebut.
Jadi,kepada YDP PMIUSM 09/10
Fikir dulu, sebelum cakap.
Aspirasi 1 Pro M 0
Revolusi Aspirasi Berterusan. Kekallah Ia Dalam USM

Monday, January 4, 2010
Mesej Kepada Ketua Jentera
Salam sejahtera
Saya ada mesej untuk semua Ketua Jentera Desa
"Selamatkanlah aspirasi, Tanpa bantuan anda,Aspirasi USM akan hancur. Sekiranya anda mempunyai masalah atau tidak bersetuju dengan beberapa perkara dengan MPP di bawah Shafiq,pedulikan lah. Inilah masa untuk membuktikan kekuatan Aspirasi. Tolonglah,revolusikan aspirasi agar ia terus kekal di USM"
Saya ada mesej khusus untuk setiap KJ Desa
Aman:
Anda mampu untuk mempengaruhi orang,gunakanlah kelebihan tersebut.
Bakti dan CG:
Anda harus kuatkan semangat untuk terus memperjuangkan aspirasi. Jangan mengalah atau berpaling tadah pada saat kami memerlukan kekuatan anda. Sekiranya anda rasa tertipu atau tidak berasa yakin, pedulikan semua itu. Aspirasi harus kekal di USM.
Fajar:
Teruskan usaha anda,saya tahu anda boleh ketuai jentera Fajar.
IK:
Jangan takut untuk bertanya, ramai orang lain yang boleh membantu
Restu dan Saujana:
Anda akan menghasilkan impak yang besar ke atas pilihanraya sekiranya anda terlibat atau tidak.Oleh itu,pastikan anda buat keputusan yang betul.
Tekun:
Tolonglah jangan asyik mencari kesalahan orang lain. Kita harus sedar bahawa bukan semua insan adalah sempurna.
Selamat berjaya KJ-KJ sekalian.
Revolusikan Aspirasi Agar Ia Terus Kekal Di USM

Sunday, January 3, 2010
Kem Aspirasi USM Lesu
Salam sejahtera,
Pertama sekali,laman blog ini dicipta bukannya bertujuan untuk bermain politik ataupun untuk dijadikan gimik. Ianya sekadar sebagai satu sumber alternatif bagi mahasiswa USM untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Pilihanraya Kampus USM yang bakal diadakan pada hujung bulan ini. Ya,pada hujung bulan ini, saya tidak nampak apa-apa masalah dalam menyebarkan maklumat ini kepada seluruh warga USM.
Melihat kepada tajuk 'post' saya pada kali ini, Kem Aspirasi USM Lesu melihat kepada persiapan Kem Aspirasi USM menjelang pilihanraya kampus. Mungkin ada yang akan berkata bahawa Kem Aspirasi USM sudah bersedia untuk bertempur. Hakikatnya, Kem Aspirasi USM berada pada ketikanya yang paling lemah. Mengapa ianya lemah?
1. Ketua Jentera yang berubah
2. Calon yang tangkap muat
3. Melihat kepada pengamatan saya,hanya 2 YDP MPD sahaja yang berada di sebelah aspirasi. Ke mana perginya 6 YDP yang lain?
4. Persiapan last minute
5. Banyak 'otai' aspirasi yang keluar daripada jentera pada saat ini.
Oleh itu,saya bertanya,adakah aspirasi mampu menguasai USM pada pilihanraya kali ini? Jawapannya TIDAK jika kesemua perkara yang telah disebutkan di atas masih tidak dibetulkan. Saya menyeru kepada semua warga USM, tolonglah SELAMATKAN ASPIRASI, setakat hanya hebat berbicara tetapi tidak tahu membuat kerja dengan cara yang betul pun tiada gunanya menjadi ahli MPP.
Dalam masa sebulan ini,saya akan 'update' segala tentang pilihanraya di kampus USM kerana saya sayangkan USM. Dan saya sayang juga Aspirasi. Jadi,kepada yang sedang membaca,lihatlah komen saya sebagai satu cara untuk memulihkan aspirasi.
Revolusikanlah Aspirasi Agar Ia Terus Kekal Di USM.

Subscribe to:
Comments (Atom)