Salam sejahtera,
Pertama sekali,laman blog ini dicipta bukannya bertujuan untuk bermain politik ataupun untuk dijadikan gimik. Ianya sekadar sebagai satu sumber alternatif bagi mahasiswa USM untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Pilihanraya Kampus USM yang bakal diadakan pada hujung bulan ini. Ya,pada hujung bulan ini, saya tidak nampak apa-apa masalah dalam menyebarkan maklumat ini kepada seluruh warga USM.
Melihat kepada tajuk 'post' saya pada kali ini, Kem Aspirasi USM Lesu melihat kepada persiapan Kem Aspirasi USM menjelang pilihanraya kampus. Mungkin ada yang akan berkata bahawa Kem Aspirasi USM sudah bersedia untuk bertempur. Hakikatnya, Kem Aspirasi USM berada pada ketikanya yang paling lemah. Mengapa ianya lemah?
1. Ketua Jentera yang berubah
2. Calon yang tangkap muat
3. Melihat kepada pengamatan saya,hanya 2 YDP MPD sahaja yang berada di sebelah aspirasi. Ke mana perginya 6 YDP yang lain?
4. Persiapan last minute
5. Banyak 'otai' aspirasi yang keluar daripada jentera pada saat ini.
Oleh itu,saya bertanya,adakah aspirasi mampu menguasai USM pada pilihanraya kali ini? Jawapannya TIDAK jika kesemua perkara yang telah disebutkan di atas masih tidak dibetulkan. Saya menyeru kepada semua warga USM, tolonglah SELAMATKAN ASPIRASI, setakat hanya hebat berbicara tetapi tidak tahu membuat kerja dengan cara yang betul pun tiada gunanya menjadi ahli MPP.
Dalam masa sebulan ini,saya akan 'update' segala tentang pilihanraya di kampus USM kerana saya sayangkan USM. Dan saya sayang juga Aspirasi. Jadi,kepada yang sedang membaca,lihatlah komen saya sebagai satu cara untuk memulihkan aspirasi.
Revolusikanlah Aspirasi Agar Ia Terus Kekal Di USM.
Sunday, January 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment