Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
“Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama,” katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Cuba lihat dan amati baik-baik perkara yang telah dikeluarkan di atas,kemudian,kta lihat artikel yang dikeluarkan oleh Hisyamuddin Bin Kamaruddin Biro Perhubungan Dan Penerangan PMIUSM 09/10:
"Apabila YDP PMIUSM mengeluarkan artikel yang mengatakan tiada salah penggunaan kalimah Allah oleh Non-muslim, maka ada yang mula mengambil kesempatan atas kedudukan beliau sebagai YDP PMIUSM".
Saya tergelak apabila terbaca kenyataan ini,namun saya merasakan diri saya tidak layak untuk berbahas mengenai perkara-perkara agama kerana ilmu yang saya ada masih belum cukup untuk membicarakan hal ini.
Namun, nasihat saya buat semua, fikir perkara itu sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan artikel,takut jadi macam apa yang dikatakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din,kufur jadinya. Siapalah kita jika dibandingkan dengan insan yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan tersebut.
Jadi,kepada YDP PMIUSM 09/10
Fikir dulu, sebelum cakap.
Aspirasi 1 Pro M 0
Revolusi Aspirasi Berterusan. Kekallah Ia Dalam USM
Tuesday, January 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment