Salam sejahtera
Saya ada mesej untuk semua Ketua Jentera Desa
"Selamatkanlah aspirasi, Tanpa bantuan anda,Aspirasi USM akan hancur. Sekiranya anda mempunyai masalah atau tidak bersetuju dengan beberapa perkara dengan MPP di bawah Shafiq,pedulikan lah. Inilah masa untuk membuktikan kekuatan Aspirasi. Tolonglah,revolusikan aspirasi agar ia terus kekal di USM"
Saya ada mesej khusus untuk setiap KJ Desa
Aman:
Anda mampu untuk mempengaruhi orang,gunakanlah kelebihan tersebut.
Bakti dan CG:
Anda harus kuatkan semangat untuk terus memperjuangkan aspirasi. Jangan mengalah atau berpaling tadah pada saat kami memerlukan kekuatan anda. Sekiranya anda rasa tertipu atau tidak berasa yakin, pedulikan semua itu. Aspirasi harus kekal di USM.
Fajar:
Teruskan usaha anda,saya tahu anda boleh ketuai jentera Fajar.
IK:
Jangan takut untuk bertanya, ramai orang lain yang boleh membantu
Restu dan Saujana:
Anda akan menghasilkan impak yang besar ke atas pilihanraya sekiranya anda terlibat atau tidak.Oleh itu,pastikan anda buat keputusan yang betul.
Tekun:
Tolonglah jangan asyik mencari kesalahan orang lain. Kita harus sedar bahawa bukan semua insan adalah sempurna.
Selamat berjaya KJ-KJ sekalian.
Revolusikan Aspirasi Agar Ia Terus Kekal Di USM
Monday, January 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam aspirasi,
ReplyDeletesaudara ingin menyelamatkan aspirasi tetapi pada masa yang sama menyerlahkan segala perkara yang berkaitan dengan kelemahan aspirasi..adakah saudara benar-benar ingin mempertahankan aspirasi?
ini adalah open blog, ianya boleh mempengaruhi pemikiran pelajar baru terutamanya..maafkan saya jika tersalah bicara.
"menyusur revolusi menterjemah aspirasi"
salam saudara,
ReplyDeletetak tahulah saudara ni jenis apa. kalau hendak berjuang bersama aspirasi, duduklah dalam kumpulan.susah payah yg dilalui biarlah disimpan bersama.anda hanya melukakan banyak pihak.tambah pula, terlalu banyak yg tidak benar di sini.anda tak perlu bercakap ttg aspirasi kalau anda sendiri tdk bersama aspirasi dan hayati semangatnya.seperkara lagi, jangan bercakap kalau tak tahu hujung pangkal.
kepada sepupusepapatsekawan...
ReplyDeletesejauh manakanh saudara tahu saya tidak tahu mengenai apa2?
bagaimana saya boleh duduk dalam kumpulan yang sudah lari daripada landasannya?
taat saya adalah pada aspirasi. Oleh itu, saya akan buat apa sahaja untuk memastikan revolusi itu berlaku.
kepada beraspi,
ReplyDeletesaya mendedahkan kelemahannya agar individu-individu yang terlibat sedar akan perubahan ini. Memang betul saya seakan-akan bukan aspirasi, tetapi niat saya hanya untuk menyedarkan pihak-pihak yang berkaitan.saya hanya memperjuangkan sesuatu yang sudah lama hilang.
aspirasi tidak pernah hilang perjuangannya malah tak pernah menjadi lemah..jangan kita salahkan aspirasi kerana perjuangannya tak pernah hilang. Perkara yang menjadi masalah ialah kita dan mereka yang membawa aspirasi..
ReplyDeleteanologinya sama seperti Malaysia dan rakyatnya, jangan salahkan Malaysia jika ianya mundur tetapi salahkan rakyatnya yang hanya menuding jari menuduh Malaysia mundur dan semakin lemah tanpa sebarang bantuan melainkan hanya kata-kata mendedahkan mengapa Malaysia semakin lemah. Ini bukan cara kita sebagai aspirasi.
Saya tidak pernah menyalahkan aspirasi tetapi cara perlaksanaan dan perjuangannya sudah lari daripada intipati aspirasi yang sebenar. Jika saya menyalahkan aspirasi, sudah tentu saya akan beralih kepada Pro M. Hal ini kerana, saya masih percaya kepada kemurnian aspirasi, sebab itulah saya pinta agar perjuangannya diletakkan semula di landasan yang betul.
ReplyDeletemasih kurang jelas dgn msg yg hendak disampaikan.. sy masih menantikan input jelas yg hendak disampaikan sebelum melihat lebih ke dasar dalaman aspirasi itu sendiri.. sy rs tiada masalah jika ingin membantu.. malah blog ini masih boleh dijadikan wadah membantu mempertahankan aspirasi.. cuma jika ingin menyerlahkan istilah 'baru'.. tidak sesuai..
ReplyDeleteterima kasih saudara ariffss
ReplyDeletesaya memang ingin membantu,mungkin cara saya agak berbeza atau bertentangan dgn bbrapa perkara namun niat saya hanya ingin melihat kegemilangan aspirasi. Terima kasih atas cadangan anda tentang istlah "baru". Akan saya fikirkan.
salam,
ReplyDeletetindakan saudara untuk memperjuangan aspirasi adalah satu niat yang baik tapi cara yang tidak betul..kalau saudara tidak berpuas hati dengan tindakan segolongan ahlinya, kenapa tidak berdepan dengan mereka..tindakan saudara boleh mengelirukan orang ramai dan sudah pasti orang akan tertanya-tanya kenapa perlu ada aspirasi baru...kita boleh mengunakan pendekatan musyawwarah dalam menyelesaikan masalah adalah lebih baik daripada menganggu gugatkan keadaan yang boleh menjatuhkan organisasi tersebut...
salam
ReplyDeleteNmpaknya saudri belum memahami lg perjuangan aspirasi yg sebenar. Of course sy dh suarakan,tp mereka masih tak berubah. So,nasihat sy kpd sdri,fahami btul2 dlu perjuangan seblum nk comment ap2. Pastikan diri dh mendalami perjuangan aspirasi,baru la boleh berdebat dgn sy..