Thursday, January 7, 2010

Asyik-Asyik Naik Taraf

Assalamualaikum dan salam sejahtera

USM HOTSPOT masih rata-ratanya tidak dapat diakses oleh pelajar-pelajar USM terutama sekali yang tinggal di Desasiswa RST. Masalah ini yang sudah bermula sejak bertahun-tahun masih tidak dapat diselesaikan walaupun MPP mengambil perhatian terhadap masalah ini.Apakah jawapan PPKT selepas disoal oleh pihak MPP tentang penawaran WIFI di USM ini? Perkhidmatan jalur lebar USM HOTSPOT sedang dinaiktaraf dan dijangka akan selesai dalam masa yang terdekat.

Asyik-asyik naik taraf.Asyik-asyik naik taraf. Masih tak dapat mengakses kemudahan WIFI.

Oleh itu,apabila saya menanyakan soalan ini kepada salah satu YDP Desasiswa RST,beliau menjawab, "letak kabel,macam kampus kejut,senang cerita". Apabila saya tanya adakah beliau membawa cadangan beliau ke PPKT. Beliau menyatakan bahawa ada perbincangan dengan Shafiq namun PPKT tidak menerima cadangan tersebut. Mereka lebih suka untuk 'menaik taraf'

Asyik-asyik naik taraf.Asyik-asyik naik taraf.Masih tidak dapat akses.

Bagi saya,isu ini tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana pihak kerana saya yakin dan percaya bahawa sekiranya MPP Pro-Aspirasi pun gagal untuk menangani masalah ini,lagikan pula Pro-M.

Aspirasi 1 Pro-M 0

Revolusi Aspirasi Berterusan. Kekal Ia Dalam USM.

No comments:

Post a Comment